Pertandingan Menulis Esei eLearning Bahasa Inggeris melalui Live Tutorial eKelas Minggu Ke-19
27 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada 26 Julai 2019 telah diadakan Pertandingan Menulis Esei eLearning Bahasa Inggeris melalui Live Tutorial eKelas Minggu Ke-19, berlansung selama 3 jam bermula jam 3.00 petang hingga 6.00 petang. Sesi selama 3 jam ini telah dihadiri oleh 12 orang pelajar yang terdiri daripada murid darjah enam hingga tingkatan 4. Pelajar-pelajar tingkatan lima semakin kurang untuk datang menyertai eKelas ekoran kelas tambahan yang sedia ada di sekolah. Pelbagai hadiah menarik akan disediakan oleh pihak Maxis eKelas.
Tujuan eKelas diadakan adalah sebagai sesi pendekatan bagi pelajar belajar bersama guru secara atas talian. Di samping itu, ia juga dapat memanfaatkan kuasa platform digital bagi tujuan penambaikan terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris dikalangan pelajar luar bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: